Lirik Lagu Tak Seindah Wajah Dayang Nurfaizah

Gabung member, untuk simpan koleksi lirik lagu favorit anda Disini

Kusangka Aur Di Pinggir Tebing
Kiranya Tebu Di Pinggir Bibir
Kusangka Jujur Pancaran BatinRupanya Palsu Penghias Zahir
Kukira Hati Jiwa Nurani
Suci Seindah Wajah Terbayang
Kukira Puji Seikhlas Budi
Kulupa Lidah Tidak Bertulang
Di Manis Gula Semut Binasa
Kail Berduri Bersalut Umpan
Di Manis Kata Insan Terlena
Kerana Budi Hamba Terkorban
Inikah Dia Lakonan Hidup
Di Pentas Dunia Insan Berpura
Tipu Dan Daya Pencapai Maksud
Budi Dan Harta Merangkum Noda
Inikah Dia Lakonan Hidup
Di Pentas Dunia Insan Berpura
Tipu Dan Daya Pencapai Maksud
Budi Dan Harta Merangkum Noda
 

Sumber & Catatan Lirik

Lirik lagu ini disusun berdasarkan sumber yang tersedia di internet untuk tujuan referensi dan edukasi. Jika kamu ingin mengetahui info lebih lanjut tentang pencipta ataupun penyanyinya, silakan klik tautan di bawah ini:

Tautan di atas akan membuka hasil pencarian Google tentang pencipta dan penyanyi dari lagu ini.

 
  Dayang Nurfaizah   Reposted by Admin  290x     2024-12-23 11:53:22

post a comment